GUNUNG TAHAN via MERAPOH, PAHANG


MEMBELAH AWAN, MENGGAPAI IMPIAN


Macam yg dirancang, ahli Kuala Terengganu dan Kuala Berang jupe dan mayang Maat di Masjid Kuala Ping. Pah tu, kumpul di rumoh Usop untuk agih barang2 makan. Jam 1530 gerok dengan Avanza Hj Yunus lalu jalan Kenyir - Gua Musang - Merapoh.

Breti (berhenti) di Bandar Gua Musang, top up mana2 barang yang x cukup. Jam 1900 sampai di Merapoh, Guide Zul terus tunjuk tempat tidu (tidur) mlm tu. Ok rumah tu, siwe (sewa) muroh, jamban (tandas & bilik mandi) banyok, suro (surau) dekat pah tu mudoh nak cari makan. Keda (kedai) dekat.
Isokkannyi (ke esokan nya) lepah selesai blake2, (satu cadangan kepada yang akan ke Tahan, makan tengahari kena bungkus lalu). tulok (berangkat) ke Perhilitan Sg Relau. Mcm biasa, duani2 pun jatuh ke wajib keni ambek gambo. Klik situ, klik sineng (sini), daftar untuk masuk mendaki. Semui (semua) barang keni istihar.  Brape  yang d bawak naik, banyok tu jugelah keni wak turun mula. Itu yg mari bicang sami2 (antara) kami, mudoh (senang) kalau x barang2 dlm tin. Gas tu wajiblah kan, cutoh (contoh) sardin atau apa2 sajalah. Makanyi (dengan itu) kami ambek (ambil) iktibar dari kejadian tu. Dulu masa naik Gunung Ledang, sami (sama) juga. Tapi hari tu kami buat day trip jah. Akibatnyi...nnt kami crite (cerita). Se nak puji Pejabat Perhilitan sini, tahap kebersihan dan kemudahan asas memang tip top, Syabas dan tahniah.
Doh bayo (bayar) guide, permit, kenderaan 4x4, taklimat ringkas dari Pegawai Perhilitan, lebih kurang jam 1000 kami pun (dengan group se lagi, 20 urang (orang)) bersiap sedia dengan acara baru, Roler Coaster 4x4....

Memang kecut peruk (perut) boh!!. Jalan cumi (comel) bertar tapi berbukit-bukit. Turun naik, turun naik. Bukan kate (kata) dreba tu bawok laju, hakikatnyi dia kena pelaju. Aku gak, pejam mata. kita neng (ini) jenis hati x besor. Limi (5) belas ke 20  minit juga. Uyong (pening) masa turun dari hilux di Sungai Relau tuuu...

Kami xlah kejut mani (terkejut mana) dengan sanctuary kelah sbb kat tepat (tempat) kami Tasik Kenyir pun ada, nak puji laginyi kemudahan di Kem Sungai Relau. Jangan bimbang lah kalau kata x dang (sempat) nak ke tandas tadi tu. Cumi (comel), lawah (selesa) tandas, bilik air & tempat rehat sini.
Lepah betu (ejah) beg (dalam 13-15 kg berat beg), taklimat ringkas dari Penunjuk Ara
h, buat regangan sikit, bacaan Doa dannnnn bermulah cabaran...apa2 pun ambik gambo dulu

HARI 1 - Sungai Relau ke Kem Kor
Perjalanan 2-3 jam (tinguk kemampuan) pertama mendatar je cuma kena harung 4 sungai yang agak luas. Tips di sini adalah, sebaik-baiknya segala peralatan hendaklah di masukkan dalam plastik dulu. Ini bagi melindungi barang2 jika kita tergelincir. Pada sungai ke 4 agak mencabar sikit sebab ada jeram. Masa kami pergi hari tu, airnya


x dalam mana walaubagaimanapun tetap bergantung pada tali. Di sini guide akan mengarahkan untuk makan tengahari dan solat (jika dah masuk waktu). Lepas tu barulah cabaran bermula. Ada blake, nak 60, 70, 80 mencanak?
Kem Kor, tapak khemah luas dengan punca air yang boleh berendam. Kami masa tu sampai agak awal, siap khemah dan siapkan mkn malam. Lepas mandi sebelum maghrib dah selesai makan. Sebab apa, krn nak rehat secukupnya untuk hari isok. Solat maghrib, atur perancangan sikit sebab barang makan ada nak kena tinggal dan zzzzzzzzzzzz.....Hujan, walaupun khemah (murah) air tetap masuk. Tiada apa yang mampu dibuat, nak x nak dalam air pun tertidur.

HARI 2 - Kem Kor ke Kem Botak
Jam 0500 dah bangun, siapkan makan pagi dan bungkus untuk makan tengahari. Selesai solat subuh, simpan khemah, barang nak di bawa dan barag nak tinggal. Ada tempat simpanan disediakan. Jam 0700 mula bergerak.
Trek hari ini memang mencabar dan jauh. Sepanjang terlibat dalam xtvt pendakian, kami x pernah lalui cabaran macam hari ini. Banyak kubang, silap langkah pasti terjerlusss....Banyak stesen untuk berehat dan yang paling penting kena tanya sokmo guide punca air terakhir.
Berehat di Kem Belumut untuk makan tengahari. Di sini masih baru sangat lagi kesan lapangan untuk keluarkan Jenazah salah seorang pendaki yang meninggal hari tu dengan helikopter.
Hentian Pemandanga dan akhir sekali Hentian Bonzai. Betapa besarnya kekuasan

Allah yanng memberi izin kami sampai ke sini sangat-sangat menusuk sanubari. Dari Bonzai ke Kem Botak laluan dia atas permatang. Cukup2 teruja dengan keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa. Dalam banyak penjelajahan kami setakat ini, Tahan lah yang paling cumi (comel). Cuaca agak baik, berjalan dalam kabus. Angin agak kuat, kesejukan mula terasa. Tanda2 akan hujan dah nampak.
Jam 1700 sampai ke Kem Botak, Solat. Angin makin kuat, nak pasang khemah pun ada sikit masalah. Kami beruntung sebab sampai awal jadi boleh pilih tapak. Siapkan makan malam, bersih diri. Di sini kepada mereka yang x tahan sejuk masalah sikit. Selesai solat maghrib, makan malam dan hujan pun mula turun. Huh!!, kesejukan. Tips di sini kena bawak baju lengan panjang atau apa2 yang  boleh melindungi diri dari kesejukan. Perlu ingat, x payah bawak yang tebal2 sangat sebab berat. Satu lagi kena ambil perhatian ada tikus di sini. Jadi barang2 makan kena jaga sebaik mungkin. Kami sama2 menunggu 3 orang pendaki yang x sampai lagi, pasukan bantuan dihantar. Lebih kurang jam 2100 semua selamat sampai, syukur. Walaupun berlainan kumpulan dalam situasi begitu kami ibarat satu jemaah. Walaupun x dapat memberi bantuan tenaga dan kudrat, doa pun dah memadai.

HARI 3 - Kem Botak - Puncak - Kem Kor
Jam 0500 bangkit, siap diri, solat dan siapkan makan pagi serta bungkus untuk makan tengahari. Hari ini ramai yang x mandi pagi, bukan xmboh tapi x tahan sejuk. Kelip2 lampu head lamp dari pendaki kumpulan lain cukup lawo. Macam tentera semut. Kami agak lewat bertolak lebih kurang jam 0630, trek menegak juga tp ok. Pemandangan, Ya Rabbi. Dan akhirnya...
Siapkan barang2 dan jam lebih kurang jam 1030 bergerak turun ke Kem Kor. X apa yang dikongsi sepanjang perjalanan turun, keindahan pemandangan Gunung Tahan. Kebiasaannya perjalanan turun lebih susah dari naik, ada tempat terpaksa gear gostang.

Bertembung dengan kumpulan lain, berhenti solat di punca air (dah x ingat). Jam 2000 sampai Kem Kor, siapkan khemah dan juadah mlm ni paling ringkas, maggie jee. Masing2 keletihan, saya kesemua jari kaki dah kena makan di air. Hari 1 air sungai, hari 2 kubang, hari 3 kubang lagi. Selesai saja solat, hujan sederhana lebat mulai turun. Tidur dengan baju hujan berendam air. Teringat sangat2 lembek (tilam) dunlop di rumahhh...

HARI 4 - Kem Kor - Sungai Relau
Macam biasa, selesai solat subuh siapkan makan pagi. Makan tengaharii dah malas nak bungkus, dah pasang niat tomyam + fresh oren di Merapoh. Setelah last check segala barang2 yang kena bawak turun, jam 0800 mula bergerak. Di sini lah masalah sikit kalau bawak barangan tin, masing2 nak ringankan beg. Beg hari ini bertambah berkilo-kilo rasa, kalau ikutkan hati nak tinggal blake kain baju yang basah tu...Dalam perjalanan dang (sempat) lagi kutip buah Gerdas..Akhirnya jam 1200 kami selamat sampai di Sungai Relau, 4x4 ke Perhilitan, istihar barang, bersih diri, solat dan selamat tinggal Gunung Tahan via Merapoh. Kami menanam azam akan kembali lagi melalui Taman Negara Pahang - Tahan - Merapoh. Semoga Allah memberi kesihatan serta kekuatan untuk kami terokai lagi keindahan kejadian Mu Yang Maha Agong. Tengok kami dan like di fb: persatuan cabaran kembara