Assalamualaikum kepada pembaca yang sudi-sudi meluangkan masa membaca blog kami pada tahun ini. Pembukaan tahun 2014 amat-amat memberansangkan dengan aspirasi misi menawan Puncak dunia EVEREST. Walaupun keputusan dari para Panel belum diketahui, kami telah merangka sesi pendakian gunung sebagai sebahagian daripada latihan stamina.
Gunung
Nuang telah menjadi pilihan sebagai pembuka tirai 2014… sebagai kelainan , kami
telah memilih untuk mendaki melalui Kg Pangsun , Hulu Langat, Selangor. Perjalanan bermula dari tanggal 24/1/2014,
menurusi lebuhraya Grand SAGA, kami telah meneruskan perjalanan ke destinasi.
Penginapan kami di chalet Jabatan Perhutanan ( harge chalet rm20/mlm sebuah
atau dorm rm60/mlm) terima kasih kepada En Amran : 0172767724 kerana memudahkan segala
urusan.
Pendakian
telah dimulakan pada jam 7 pagi. Fasa awal dari chalet jabatan Perhutanan ke
Kem Lolo akan melalui 2 buah bukit yang tinggi dan berjarak 5.6KM. fasa ini memakan masa hampir 1jam 30 min. terdapat 5 buah wakaf untuk kegunaan
pengunjung berehat sambil menikmati keindahan Hutan Buluh.
Selepas
berehat anggaran 10 minit di kem pacat, kami meneruskan pergerakan memasuki
fasa ketiga . iaitu dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih. Fasa ini semakin mencabar, tunjangan semakin
hebat dengan kehadiran batuan yang besar.
Fasa ini mengambil masa 45 minit, walaupun singkat, namun penangannya
tidak kurang hebat…mungkin kerana kami telah mula lapar. Puncak Pengasih bukanlah puncak yang sebenar,
kawasan sekitar puncak ini adalah dingin dan lembab serta berkubang
sangat-sangat, malah lebih berkubang dari Kem Kubang Gunung Tahan… disinilah
cabarannyer. Namun masih tiada PACAT.
Selepas
berehat hampir 30 min, kami mula bergerak meninggalkan puncak pada jam 12.30
tengahari. Kami tiba ke chalet Jabatan perhutanan pada jam 5 petang. Selepas
membersihkan diri serta solat jama’ (kami yang dari Terengganu) bergerak pulang
meninggalkan Gunung Nuang serta membawa pulang 1000 kenangan yang
terindah. Kami amat menghormati trail
Gunung Nuang kali ini yang jauh lebih mencabar dari trail melalui Janda
Baik.
Gambar
Gambar