GAMBAR di sinung
catatan
Diari Gunung Yong Belar
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog
Setelah sekian lama, blog kini dijengah semula , kali ini untuk mencoretkan perkongsian pengalaman pendakian ke gunung Yong Belar, gunung yang ke-tiga tertinggi di Semenanjung Malaysia
Pendakian kali ini agak sedikit berbeza dari pengalaman yang lalu kerana disertai dengan beberapa peserta Belia dan mengambil pakej guide bersama ‘cook’. Pergerakan dari Kuala Terengganu dimulakan sekitar jam 7 pagi , melalui jalan ke Tasik Kenyir dan langsung ke Gua Musang. Setibanya di Gua Musang, kami berhenti bagi mengisi minyak dan mendapatkan bekalan jajan untuk trip kali ini. Setelah menunaikan solat Jumaat di Masjid Gua Musang, kami mengambil keputusan untuk menikmati makan tengahari di pekan Gua Musang. Kemudian perjalanan diteruskan ke Lojing. Kami menginap di Homestay Bilal Masjid Lojing… amat selesa.
Keesokkan hari, kami bersarapan di Lojing, kemudian menunggu kenderaan pacuan 4 roda di homestay. Tepat jam 9.00 pagi, kenderaan (bro Kumar) telah tiba. Dengan izin Bilal masjid, kami parking kenderaan di kawasan Masjid (safety) dan menaiki kenderaan, laluan kami bersebelahan Masjid Lojing…. Kami mengambil laluan terus ke Pintu Rimba tanpa melalui tangga dan jaluran paipm air GI.
Kami mengalami sedikit masalah apabila pagar laluan dikunci oleh pemilik kebun (dalam tempoh Operasi PATI di Cameron baru2 ni…). Kami terpaksa berjalan hampir 2 KM untuk ke pintu rimba. Setelah berehat sebentar di pintu rimba, pada jam 11 pagi kami memulakan pendakian. Hari ini cuaca cerah, namun tanah basah kerana hujan lebat pada 2 kelmarin. Setelah menempuhi beberapa buah bukit, kami tiba ke kem Tudung Periuk pada jam 1 tengahari. Bersama-sama kami di kem Tudung Periuk adalah satu kumpulan dari Politeknik bersama abang guide mereka …. Abe miji. Group politeknik ini telah memasang kemah serta flysheet di Kem Tudung Periuk. Mereka akan meneruskan perjalanan ke puncak selepas solat zuhur/asar jama’a…….. menarik idea mereka. Namun kami teruskan perjalanan ke Kem kasut…. Setelah berbincang dengan SIFU, kami mengambil keputusan untuk solat jamak takhir nanti. Kami makan nasi bungkus di hentian taman bonsai, sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Kasut. Terdapat banyak kubang-kubang pendek dan cetek sepanjang jalan……………. Namun mental torturenyer tak sama dengan kubang-kubang di Gunung Tahan.
Kami tiba ke Kem Kasut pada jam 5.30 petang hujan mulai lebat petang itu. Punca air agak curam ke bawah….. direction guide kami beri adalah ..’ punca air 2 minit turun dan 10 minit mendaki….’ Ko bayangkan lah…. Terkejut kami, ttp alah bisa tegal biasa. Setelah set up khemah dan flysheet, kami tujun ke sungai untuk bersihkan tubuh lalu menunaikan solat. Kami makan malam mewah malam tuu…. Cook kami, cik kema …. Best in the world. Hujan berlarutan sepanjang malam, setelah selesai makan malam, kami terus tunaikan solat dan berehat …. Tak de sesi ice breaking … sejuk. Suhu sekitar 12-16C. nasib baik lah semua peserta group ini semua otai dan well prepared untuk cuaca sejuk ini….. jadi Tuan Medic kami tidak overtime.
Bangun pada jam 6 pagi, solat subuh, alas perut sikit dengan roti keping, tepat jam 7.15 pagi, kami memulakan perjalanan ke puncak …free body. Tiba di puncak pada jam 8.20 pagi…… cuaca berkabus tebal…. Kami tidak diizinkan ALLAH melihat permandangan dari atas puncak. Setelah puas bergambar, kami mula bergerak balik ke base camp. Tiba di base camp pada jam 10 pagi. Setelah sarapan nasi goreng dan black pepper sausage … kami kembali bertenaga. Tepat jam 11 pagi, kami bergerak turun ke pintu rimba, perjalanan turun lebih mencabar, kes jatuh tergelincir tu dah biasa, namun Alhamdulillah tiada sesiapa yang injured. Team belia tiba ke pintu rimba pada jam 4 petang, dan team berikutnya tiba pada jan 4.20 petang. Kami terpaksa berjalan hingga ke pagar semalam kerana kenderaan sedang menunggu di sana. Tepat jam 6 petang, kami tiba ke masjid Lojing, bersihkan diri, solat, dan teruskan perjalanan pulang ke Terengganu. Kami berhenti untuk makan malam di Gua Musang dan solat di Masjid Gua Musang……. Sekitar jam 1 pagi, kami selamat tiba ke destinasi masing-masing denga selamat …. Dalam peliharaan Allah.
Semoga coretan ringkas ini dapat member sedikit manafaat kepada climbers yang sedang berancang ke Gunung Yong Belar. … sila menikmati gambar-gambar kami. Sehingga bertemu lagi
SELAMAT TAHUN BARU 2015