22.6.2012, trip kali ni lebih kepada persiapan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Mengapa kami memilih Gunung Berembun , Cameron Highland konon-konon cuacanya yang sejuk walaupun tidak setara Kinabalu. Dan kami memang sengaja memilih masa pendakian jam 1700 agar waktu turun nanti kami boleh test peralatan pendakian waktu malam (head lamp) & membiasakan diri dengan keadaan gelap kerana di Gunung Kinabalu nanti pada hari ke 2 ke summit di beritakan jam 0200 para pendaki memulakan pendakian.
Kami naik melalui Trail 7 dalam kawasan Mardi (setelah segala urusan pendaftaran dibuat) dan akan turun Trail 9 (Robinson Waterfall). Permulaan pendakian melalui kawasan tanaman teh, jumpa ladang strawberi dan mula masuk hutan. Keadaan hutan di sini sangat-sangat berbeza dari gunung-gunung yang pernah kami naik. Muka bumi dia pun lembut jee..Tapi sayang seribu kali sayang kami x dapat nak kongsi banyak still imej kerana biro dokumentasi kami bawak video cam. Oleh itu kepada yang membaca sila ke Fb kami untuk video tersebut.
Lebih kurang 1 1/2 jam mendaki, syukur kami sampai puncak, rehat kejap dan sengaja tunggu gelap untuk turun. Pemandangan dari puncak hanya satu hala saja, di belakang hutannya agak tebal. Laluan turun agak payah sikit kerana track hampir ditutupi semak, mungkin pendaki jarang guna laluan ni dan adakalanya mencanak juga. Namun segalanya di permudahkan Olehnya untuk kami, sekitar jam 2030 kami selamat sampai check point. X reti nak nilai / banding keadaan di sini dan Gunung Kinabalu nanti, harapan kami apa yang ada hari ni dapat membantu walaupun tidak sepenuhnya...