gambar
Syukur Alhamdulillah kami diberi izin untuk sampai ke puncak Gunung Tok Nenek. Dengan izinNYA juga kami diberi peluang melihat keindahan ciptaanNYA 360 darjah. Namun kami tidak berlima, Dr Muhaida keletihan pada hari marengnya akibat dari rintangan buluh dan beliau mengambil keputusan tidak naik ke puncak untuk simpan tenaga turun yang mana jarak perjalanan dianggarkan lebih dari 10km. Kami kagum dengan keputusan dia kerana katanya xmboh menyusohkan kawang-kawang hak lain.
Keputusan kami untuk pergi awal ke lokasi pertemuan banyak membantu. Kami dapat rehat yang cukup, tidur, mandi, solat dengan selesa sekali. Penginapan kami di Homestay Masjid Lojing. Murah dan selesa.
Sebagaimana dijanji, kumpulan yang besar ambik kami di Perkarangan Masjid Lojing dan perjalanan dengan Jeep/Land rover mengambil masa lebih kurang 1/2 jam ke starting point di perkampungan orang asli (lupa nama) sebelum Pos Brooke. Kecut perut apabila masuk ke laluan tanoh meroh, kelajuan dalam 60-70 km/jam. macam rally doh-doh rase.
Lepah habis taklimat, kendor urat sikit-sikit, bacaan doa dan lebih kurang jam 1000 start jalan. Banyok sungai kena lintas, kecik beso rasa lebih dari 7. Tapi gak macam saya wayak tadi tu, buluh tumbang adalah halangan yang memang menguji mental, kekuatang dan ketahanang pendaki. Kami tahap veteran, seksa lah sikit nok merakok, nyurut, bokok dan nok bangun mula banding dengan sek-sek lain muda-mudi blake lagi. Tapi kami dok lah tinggal jauh dengan deme-deme tu. "Keno jago weh!!, kalu x malu kito denge awok-awok tu", kata semangat dari Hj Zul (ore Besut) yang paling veteran.
Rehat di Simpang Tok Nenek (jam 1230), makan (style kami memang akan bukuh bekal) dan mayang lalu. Isu cakap adalah buluh. "Wakpe hj Gunung Tok Nenek?", tanya saya ke Hj Zul. "Wakpo x nyo, jale tebokok-bokok, mace ore tuo-tuo." jawab Hj Zul sama jawapan dengan apa yang tersirat dalam ati saya. Memang ye pong. Harap-harap lepah kem ni x doh lah lagi nyurut, merakok bawoh buluh nyee...
Jam 1400 start jalang mula. Ambik nok, buluh lagi, berat dari tadi lagi. Kalau tadi jarok dia jauh se-se tapi kali ni, jalang 2,3 lakoh, buluh. Jalan kejap, buluh. Acu nok betul badan, buluh pulok. Sengal pale lutut,,,
Banyok Kem sining, lengkuas lah, kicap lah, hari lah. Eh!, banyok. Dengan punca air mudoh sangat-sangat. Kem terakhir (lupa doh) nak ke Kem Belumut memang mencanok. Hari malam doh, jadi lampu (head lamp r paling afdal) perkara utama. Last kami sampai Kem Belumut jam 2200 dengan ujang yang kadang-kadang lebat. Pacok kemoh, fly, mandi, mayang, makang bekal dan zzzz. Aku x care doh, ngeroh ke ngeroh lah weh!!. Lenguh sangat-sangat. Sedo tengoh malang tu bukan sorang, belambok orang lain ngeroh nyi. Laki Puang ade blake bunyi. Sengeh sorang aku,,,,
23/8/2014 (Ahad)
Wake up call jam 0300, standby dengan air mayang lalu sebab x punca air doh pah ni dan start jalang pukul 0430. Mencanok pah ke sut. Ada se tempat tu kena turun dengan tali. Sini banyok abih masa, nok wak gane, x pilihang. Mayang Subuh dan kami (4) summit jam 0700 tepat.
Hala turun, serupa macang naik. Buluh tetap ada. Kalau x saloh pukul 1000 kami turun dan sampai Kg Orang Asli jam 1800. Alhamdulillah semuanya selamat dan kami merancang ke Gunuung Benom, Raub Pahang lepas ni,,,,,