Setelah Gunung
Tebu, ini merupakan pendakian ke 2 kami. Kali ini berbeza dengan trip hari tu,
kami bermalam, 2h1m.
Setelah mendapat
seberapa banyak maklumat dari pembacaan melalui blog, web, perhutanan dan bertanya kepada mereka yang telah
melaluinya, maka bersiaplah kami untuk cabaran kali ini. Apa lagi, macam beli
keperluan hari raya atau pakaian persekolahan anak2 yang nak memulakan tahun
baru persekolahan. Dengan begnya, kasutnya (dah ada perubahan-Karimor. kalau
dulu ikut dang jee), khemahnya, pendekata serba baru dan berjenama. Itu baru
kelengkapan pendakian x termasuk barang makan lagi. 3,4 kali duduk mesyuarat
berbincang tentang bekalan, naik pening Biro Makanan (Hj Yunus).
Hari di tunggu
tiba, tepat jam 0700 bertemu kami 2 kumpulan (Kuala & Hulu) di Hentian
Rehat Bukit Besi. Setelah selesai minum pagi terus bergerak masuk ke Hutan Lipur
Chemerong melalui persimpangan jalan lama Bukit Besi - Ajil (Le ni dah ada
Highway). Check In dengan perhutanan, pembahagian barang2 bekalan, sampai satu
group dari UIA dalam 20 orang. Terkejut beruk kami, banyaknya barang makan dia
orang.....Jam 0900 kami mula berjalan dengan En Lan (Fisioterapi HHT) jadi
kepala.
Jambatan gantung, titian (KJ Zulina macam
budah baru belajar merangkak), YA ALLAH!!??, Bukit Tobat (Taubat). Satu
tamparan yang menyedarkan kami, ini baru dinamakan mendaki gunung. Kami boleh
letak skala 6-7 dari 10 tahap kesukaran, 60-70 darjah kecurangan. Walauapapun
ketetapan telah dibuat semasa perbincangan, setiap 1 jam baru berhenti rehat.
Biru muka masing-masing.
5 jam masa diambil untuk sampai ke Kem
Balak. Rasa lenguh tadi serta merta hilang setelah melihat kejernihan air di
sini. KJ Zulina sekali lagi menunjukkan kegelojohan dia, orang lain x apa-apa
lagi dia dah menyelam. Bukan itu maksudnya, kita perlu menyeberang sungai
sebenarnya dan KJ Zulina tergelincir. Kami berehat lama di sini, makan
bekal yang dibungkus dari warong tadi dan siap mandi-manda. Bermacam-macam aksi
akrobatik di pamerkan oleh En Lan, Hj Yunus dan Usop. Kami yakin kepada mereka
yang sampai di sungai ni pasti akan berperangai macam tu juga...Kawasan
perkhemahan di sini agak luas dan sebuah wakaf tersedia mungkin dibina oleh
jabatan perhutanan kot.
Setelah penuhkan semula botol-botol kosong
dengan air sebagai minuman (punca air x dah lepas ni) kami meneruskan
perjalanan ke Kem Y, laluan agak mendatar kali ni. Jam 1700 kami tiba dan
keputusan di buat melalui perbincangan, kami akan bermalam di sini. Memikirkan
group UIA tadi akan bermalam di Air Terjun Lasir jadi kami sepakat untuk berkem
di sini saja. Sebab apa: satunya takut x cukup tempat di sana nanti, kedua pasti
akan sampai malam, ketiga kami dah x larat. Maklumlah sajalah kumpulan kami ni
paling muda saat tu umur 39 tahun.
Lapangan di sini pun agak luas, dalam
15-20 khemah boleh didirikan satu-satu masa. Wakaf pun ada mungkin dibina
khusus untuk dijadikan tempat memasak / teduhan hujan. Dan yang paling menarik
minat di sini, punca airnya. Aliran air yang sangat-sangat jernih mambuatkan
sesiapa saja Mengagongkan Kebesaran Allah Taala. Setelah menyiapkan khemah,
bersih diri, solat jamak berjemaah dan makan malam perlu disiapkan sebelum hari
gelap. Maklum sajalah dalam hutan jam 1800 dah gelap. Sebut pasal makan, menu
xlah menarik sangat tapi habis nasi seperiuk. Agak besar jugalah periuk yang
dibawa oleh Hj Zul tu. Inilah hasil apabila kita bersukan : Apabila tubuh badan
kita sihat walaupun setelah melakukan aktiviti fizikal yang melampau selera
makan tetap masih ada, itulah kebesaran dan nikmat sebenarnya. Solat Maghrib
jamak berjemaah dan kami buat brainstorm sikit, pasal laluan siang tadi
dan xtvt seterusnya. Jam 2100 dah masuk khemah dan zzzzzzzzzzzzzzz
Aku xleh tidur mana, mungkin beralih
tempat dan acap kali bangun kencing. Sakit kepala dah mula terasa akibat sejuk
kot. Jam 0500 semua dah bangun, mandi, solat subuh berjemaah dan siapkan makan
pagi sahaja, makan tengahari di Air Terjun Lasir. Sekitar jam 0800 mula
bergerak. Laluan ke puncak Chemerong walaupun mendaki tapi xlah susah sangat.
Pokok-pokok bonzai begitu memukau sekali, lebih kurang jam 1000 kami summit,
rehat sekejap dan terus ke laluan Lasir. Curang sikit di sini dan kena perhati
jalan, kadang-kadang kena melintas alur, jalan dan melintas lagi. Hampir sampai
ke kem Lasir aliran sungainya Ya Rabbi comelllll sangat. Last jam 1200 kami
sampai di Air Terjun Lasir. Sakit kepala aku makin kuat.
Patutlah mereka nak kejar sangat untuk bermalam di sini,
sunrise dia comel. kalau kita tengok blog, web ke pasti dia orang muatnaik
gambar tu. Memang x dinafikan kecomelannya. Kami x berpeluang tapi yang pasti
kami 'akan' suatu hari nanti. Sambil mandi, siapkan makan tengahari, solat
zohor jamak berjemaah, jam 1500 mula berjalan turun. Melalui Gunung Berembun
tapi kalau x beri perhatian pasti terlepas sign tu. Permulaan dia agak mencanak
juga tapi tahap biasa-biasa je. Masalah aku makin bertambah, sakit kepala
sangat-sangat, Masa berhenti rehat Dr Muhaida beri ubat. Hj Yunus pun
bermasalah dengan kasut. Tercabut tapak dan terpaksa ikat dengan tali rapia
(sayangnya masa tu x bawak kamera still untuk dikongsikan). Seraya Besar dan
laluan lepas tu agak seram. Lerengnya curam sangat dan kena berhati-hati. Jam
1800 kami sampai kem balak. Setelah berbincang sepakat nak turun juga walaupun
berjalan malam. Siapkan peralatan untuk berjalan malam, makan sikit bekal
dan....
Aku 6 kali muntah akibat sakit kepala,
macam nak putus urat perut rasa. Akhirnya jam 2130 kami sampai di kawasan
perkelahan Chemerong, mandi dan solat. Sewaktu minum di Hentian Rehat Bukit
Besi, Hj Zul selaku ketua telah merumuskan bahawa aku alahan dengan ubat.
Apakan daya...InsyaAllah kami kembali lagi ke sini dengan lebih info
bergambar....