GUNUNG RINJANI (3726m), LOMBOK INDONESIA


Alhamdulillah kami selamat kembali ke Tanah Air Terengganu pada 26/9/2013 malam setelah bertungkus lumus melunaskan cabaran Gunung Rinjani. Lombok Indonesia.

Kepada mereka yang nak mendaki Rinjani, perkara-perkara berikut harus diberi perhatian :

pertama : bersedia untuk berjalan dibawah terik matahari 7-8 jam dengan debu gunung berapi
yang memedihkan mata & muka. Oleh itu topi dan cermin mata adalah keperluan,
kedua : bersedia untuk tidak jenera tidur dek kerana sejuk dengan tiupan angin selaju angin musim tengkujuh di pantai Batu Buruk Terengganu. (mungkin kami saja yang alami pengalaman tersebut)

ketiga : bersedia untuk berjalan dalam pasir dan batu-batu kecil gunung berapi pada pendakian summit. Boleh diibaratkan 3 langkah ke depan akan gostang 2 langkah. Stoken menjadi barang wajib.

keempat : mungkin x mandi 2 hari

kelima : kepayahan untuk menunaikan hajat kecil dan besar

Kami memilih untuk x ambil paket (pakej) jadi segala urusan kena buat sendiri dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan karenah serta layanan yang kurang dari mereka di Desa Sembalung. Akibat dari itu jam 0920 kami baru memulakan pendakian. Mereka lebih suka & senang berurusan kalau kita ambik pakej. Kalau pakej tahu-tahu sajalah berapa bayaran dia.

sumber air hanya lubang matair di pos extra
antara pos 2 dan pos 3
Pos 1 betul-betul di tengah savana, hanya ada wakaf & jarak dari Sembalun dalam 2 - 2 1/2 jam perjalanan. Pos 2 dalam jarak 1 1/2 - 2 jam. Di sini ada sumber air dari matair yang perlu di tadah dan kebanyakan yang berpakej akan makan tengahari di sini. Sebelum pos 3 ada extra pos, ada wakaf dan sumber air 50m ke bawah. Dikabarkan dah 2 bulan x hujan di sini namun Allah punya kuasa sumber air dari matair tidak kering. Kami solat di sini.

Lepas je pos 3, bukit Penyesalan terhidang dengan masa pendakian ke Kem Pelawangan 3 - 4 jam. Hanya 2,3 batang pokok yang ada sebagai tempat untuk berteduh ambik 'nyawa'. Debu gunung berapi makin menebal di sepanjang pendakian. Di cadangkan kepada yang alahan bawaklah face mask atau apa-apa yang boleh melindungi. Trip kami hari tu makin dekat nak sampai Pelawangan (Crater Rim) makin kuat angin bertiup. Akhirnya kami selamat sampai Kem Pelawangan sekitar jam 1700. Waktu di sini macam di Sabah Sarawak.

Guide dan Porter tolong carikan tempat terlindung untuk dirikan khemah. Kalau di Laban Rata Kinabalu walaupun sejuk tapi tiada angin berbanding di sini. Sejuknya hanya Allah saja yang tahu. Untuk pengetahuan pembaca, x seorang pun dari kami mandi petang ni. Bekalan air mentah disediakan oleh porter, jauh jaraknya. Siapkan makan malam ala kadar, sembahyang, masuk khemah dengan harapan dapat rehatkan badan dan tidur untuk pulihkan tenaga bagi ke summit jam 0200 esok. Namun sebaliknya berlaku...

Akibat dari angin yang langsung x berhenti bertiup walaupun sesaat membuatkan kami sekelip x boleh tidur, terlalu sejuk. Baju 3 helai, seluar 2 helai, stokin 2 pasang tapi masih x memadai. Khemah bagaikan nak terbang, bunyi angin amat menakutkan. Jam 0000 dah kedengaran suara dari kumpulan lain melintasi khemah kami untuk pendakian summit tapi kami masih berselimut. Bincang punya bincang jam 0420 baru memulakan langkah ke puncak tanpa makan.

Cukup tersiksa, sejuk + angin + laluan berpasir berbatu, hampir separuh kasut tenggalam. Dalam kasut penuh dengan pasir dan batu-batu halus. Teringat pesan seorang kawan jangan x pakai stoken, sekali kaki melecet pasti merana/terencat pendakian. Solat Subuh betul-betul atas permatang gunung, sejuknya bukan main. Pertengahan jalan bertembung dengan pendaki2 Mat Saleh yang dah turun, mereka selamba saje. Hanya berseluar pendek dan berbaju T berbanding kami 3,4 helai baju.

Lebih kurang 200m ke puncak laluannya selebar 3-4 kaki sahaja, sebelah kanan cerung kawah gunung berapi. Betul-betul kena fokus dan imbangi badan, silap sikit..., nauzubillah.

Setelah bertungkus lumus akhirnya tepat jam 0820 saya dan Usop sampai kemuncak dan terus sujud syukur dengan linangan air mata. Syukur Padamu Ya Allah kerana memberi izin lagi kepada kami untuk melihat keindahan ciptaan Mu. Namun saya x dapat bertahan lama, sedari tadi kedua-dua tangan saya terasa sakit sangat. Hanya sempat bergambar 2 keping kamera pun buat hal, langsung x berfungsi. Mungkin kerana cuaca sejuk ditambah terdedah dengan debu gunung. Agak malang kawan-kawan di belakang kerana x dapat mengabadikan gambar di puncak Rinjani. Maafkan saya biro dokumentasi.

Setelah berbincang dan penilaian kemampuan, akhirnya kami sepakat untuk terus turun melalui laluan Sembalun. Kalau ikutkan perancangan kami akan bermalam di Danau Segara Anak dan keluar ikut laluan Senaru. Walau lari dari perancangan kami tetap berbangga dan bersyukur, Rinjani dapat kami tawan...

ucapan terima kasih kami kepada :

1. Suami2/isteri2, anak2, Ibubapa serta keluarga yang sentiasa memberi dorongan, kata semangat dan doa iringan di setiap pendakian kami,

2. Kepada YB Rozi B Mamat, Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu merangkap Adun Telemong yang sokmo-sokmo bertanya khabar dan mendoakan kejayaan kami,

3. Tidak lupa majikan kami Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,

4. Kawan2 setempat kerja yang x jemu2 nak tahu cerita gunung, kawan2 Fb, kawan2 selatihan. Kata2 anda semua pembakar semangat kepada kami,

5. Air Asia yang telah menyediakan kemudahan perhubungan tambang murahnya,

6. Dan mereka-mereka (Malaysia, Lombok & Bali : keluarga Jayadi/Jamal di Nenggong Barat, Masbagik, Lombok Timur yang menyediakan makan tengahari kami pada 21/9/2013. Keluarga Guide Udin yang menyediakan makan malam kami pada 23/9/2013. Bapak-bapak Supir di Lombok (Mustain hp 081917135633, Bapak Hikmat hp 087865870969, Bapak supir di Bali - Wayang, Bapak (x ingat nama) di Kantor Taman Negara Rinjani, Kepala Desa Sembalun - Pak Alang (maria guest house) hp 081997882691) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam misi kali ni, jutaan terima kasih kami ucapkan.

Porter - Rui

Porter - Wadi
Guide - Pak Atong (Udin)
kami: persatuan cabaran kembara

lagi gambar