DAY TRIP d GUNUNG NUANG via JANDA BAIK


Objektif ;
  1. Mengzahirkan salah satu dari kempen cara hidup sihat Kementerian Kesihatan Malaysia,
  2. Menghargai dan mencintai alam sekitar dengan menjaga kebersihan di sepanjang xtvt,
  3. Mewujudkan sifat saling membantu serta lebih mengenali diantara pendaki-pendaki dari berlainan tempat dan latar belakang,
  4. Menanam minat mendaki kepada pendaki baru.

Aisyah (7), Haziq (5)
Komitmen serta ketetapan masa untuk trip kali ini memang terpuji. Jam 0530 semua dah berkumpul di meeting point RnR Genting Sepah. Program tanpa mengenakan sebarang bayaran ini menarik minat ramai peserta, namun apa yang mengejutkan kami adalah pendaki cilik 2 beradik, 5 & 7 tahun (Haziq & Aisyah). Setelah segala penerangan di beri kepada ibubapa pendaki cilik tersebut, serta persetujuan dicapai dari ahli-ahli lain maka kami terima 2 beradik tersebut untuk sama-sama mendaki. Mereka sebenarnya bukanlah orang lain, anak sedara kepada salah seorang ahli kami - mohd azhari.

Solat Subuh, sarapan ala kadar, tapau makan tengahari dan terus bertolak ke starting point trail Janda Baik. Perjalanan untuk ke sana x payah mana, hanya ikut papan tanda ILMU, jumpa off road belok ke kanan dan penghujung jalan tempat meletak kenderaan. Sekarang sudah ada parking berbayar RM 5 / kenderaan, kemudahan tandas serta bilik air cukup selesa disediakan oleh seorang penduduk tempatan. Home Stay pun ada namun tidak diketahui berapa harganya.


Sewaktu kami sampai, group Shin-Etsu Polymer (M) Sdn Bhd, dari UKM Prof Dr IR Nazrol & kawan, dari UIA Waney & kawan-kawan, dari Klang dan Shah Alam Selangor, telah bersedia mental & fizikal. Meriah sangat trip kali ini. Tukar persalinan, kemas-kemas barang, selesai berhajat, taklimat ringkas dan tip (dari pengalaman kami) disampaikan oleh Dr Muhaida terutama kepada pendaki-pendaki baru, Hj Zul membacakan doa mohon keselamatan, bergambar (acara wajib), jam 0830 kami memulakan pendakian. Cukup menarik kerana permulaannya dah melintasi anak sungai, kebun sayur, kampung Orang Asli sebelum sampai air terjun (1 1/2 jam perjalanan). Pendakian tadi boleh diberi skala 3 dari 10, santai. Cuma jalan agak licin dek kerana hujan hari sebelumnya dan perlu berhati-hati takut terjatuh dan cedera.


Take 5 di air terjun, sesi penilaian dibuat. Alhamdulillah semua pada prestasi terbaik dan begitu bersemangat untuk ke puncak. Meneruskan pendakian cabaran bermula namun masih pada skala biasa 5-6 / 10. Kepada yang takut pacat di sinilah tempat untuk belajar berjinak-jinak dengan makhluk tersebut. Maka kami pun perturunkan ilmu-ilmu pendakian yang ada : cara bernafas, teknik langkahan kepada pendaki baru kerana nampak sangat mereka bagaikan tergesa-gesa nak sampai ke kemuncak. Tidak putus-putus memberi kata semangat, keyakinan kepada mereka serta membantu membawa beg agar mereka free body je mendaki dengan harapan mental mereka tidak merudum. Dari perkiraan, 9 bukit terpaksa didaki untuk summit dan alhamdulillah akhirnya kami sampai ke puncak seawal jam 1215 kumpulan depan dan jam 1300 kumpulan belakang.

Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah para pendaki, hilang segala penat lelah setelah diberi izin oleh Allah untuk melihat keindahan ciptaanNya dari ketinggian 1493m ini. Setelah berehat, bergambar dan makan bekal yang di bawa, kami bergerak turun dengan berbagai cerita yang berbeza-beza namun satu perkataan/jawapan 'YA' apabilanya ditanya nak ikut lain-lain trip anjuran kami?, membuatkan kami bersemangat dan x sabar nak plan trip seterusnya. Dan InsyaAllah kita akan bertemu di DAY TRIP d GUNUNG TEBU, Trg pada Disember 2013 ini. Akan dimaklum tarikhnya dalam masa terdekat sesudah berbincang dan mendapat kelulusan Pejabat Perhutanan Daerah Besut.

Syukur kepada Mu Ya Allah kerana telah melindungi kami disepanjang pendakian ini,,,,


gambar