Ramai yang takut dengan Gunung termasuklah
kami, tetapi kami yakin dengan meningkatkan pengetahuan tentang persiapan asas
dan pengetahuan umum tentang satu-satu yang ingin di daki akan dapat
mengurangkan stress kita sebelum mendaki gunung.
Kami akan berikan secara ringkas
tentang apa yang perlu diketahui oleh pendaki amatur. Senarai ini bukanlah yang
paling lengkap ..Cuma asas.
Prinsip
asas utama
1. Keadaan
alam di gunung sangatlah sukar dijangka. Samada cerah, hujan, berangin kencang
ataupun sangat sejuk dan JANGAN MEMANDANG RINGAN SEMASA DI GUNUNG.
2. Persiapan
asas amat-amat penting dan boleh menyelamat nyawa.
a. PERSIAPAN
MINDA
i. Maklumat
tentative pendakian
ii. Muka
bumi gunung , punca air & suhu
iii. AWAS!!
Binatang buas
iv. Tujuan
kegiatan di gunung perlu jelas.
b. PERSIAPAN
FIZIKAL
i. Tubuh
yang sihat, mental yang stabil.
ii. Peralatan
yang dibawa cukup tetapi tidak terlampau
PERALATAN ASAS
1.
Pakaian :
JANGAN TERLALU BERAT baju pendakian, biasanya
dari bahan yang boleh menyerap peluh, seluar yang selesa, pakaian dalam
secukupnya, baju hujan, sarung kaki, sarung tangan, penutup kepala , kasut yang sesuai untuk mendaki (trekking ).
2.
Peralatan :
khemah berbentuk dome atau cukup sekadar
flysheet dan ground sheet sleeping bag
atau alas tidur bagi menghalang kedinginan dari tanah agar pendaki dapat rehat
secukupnya bagi meneruskan pendakian seterusnya. REHAT YANG CUKUP PENTING!!
3.
Peralatan untuk masak :
dapur, periuk (dari bahan aluminium yang
ringan, gelas / pinggan mangkuk (dari plastik atau bahan lain yang tidak mudah
pecah), pemetik api, dan bahan bakar , JANGAN TEBANG POKOK DI HUTAN
4.
Peralatan peribadi :
sabun,
berus gigi, tuala kecil, ubat peribadi, jarum, benang dan peralatan lain yang
perlu.
5.Beg
:
yang bersesuaian bagi menempatkan segala
peralatan perkhemahan.(saiz mengikut bilangan hari kita mendaki) – sebaik-baik
yang ada sokongan di pinggul agar berat beg sekata.
Peralatan tambahan
1.
Peralatan Navigasi: GPS, peta, kompas/Kiblat , jam tangan
2.
Peralatan Fotografi: kamera atau
handycam.
3.
Peralatan Komunikasi: telefon bimbit
ETIKA DI GUNUNG
1. Kawalan
diri, dan ketahuilah kemampuan diri sendiri
2. Jangan
meninggalkan sampah.
3. Jangan
meninggalkan api.
4. Jangan
mencabut atau merosakkan tumbuh-tumbuhan
5. Jika
mencari sumber makanan dan air gunakan seperlunya saja.
6. Jagalah
keseimbangan ekosistem yang ada, jangan merosakkan dan memberi tanda-tanda
kekal di gunung. · Gunakanlah rentis yang sediaada dan selamat
KEMALANGAN DI GUNUNG
Biasanya
disebabkan oleh:
1. Kedinginan
2. Kelaparan
3. Kehausan
4. Kehilangan
arah / tersesat
Kedinginan
Hipotermia
(suhu normal manusia 36-37 darjah celcius). Disebabkan kerana panas di
permukaan tubuh sudah hilang sehingga organ-organ tubuh pun akan mengalami
kedinginan. FATAL
1. Jaga
agar pakaian dan tempat rehat tetap kering
2. Jaga
peralatan dan pakaian yang dikenakan dalam keadaan bersih
3. Makan
dan minuman yang panas dan mengandungi banyak kalori
4. Kurangkan
aktiviti yang tidak perlu.
5. Berlindung
di tempat yang selamat.
Kelaparan
Dalam
aktiviti gunung juga perlu mathematic. Formula jumlah makanan yang perlu :-
JUMLAH
MAKANAN = 2n + 1( jumlah makanan dalam keadaan normal)
n
: bil hari aktiviti
Nota:
mendaki gunung akan mengakibatkan kita memerlukan tenaga yang mencukupi.
Kehausan
Dehidrasi
adalah FATAL, symptom awal adalah hilang orientasi pemikiran normal, pengsan
dan kematian.
Langkah
yang perlu dibuat adalah :
1. Mencari
tempat berteduh (jika cuaca panas)
2. Rehat
dan kurangkan aktiviti yang tidak perlu.
3. Cari
sumber air
Kehilangan arah / tersesat
Pendaki
selalu berdoa agar tidak sesat, tetapi jika tersesat maka :-
1. Pastikan
bahawa dalam perjalanan, arah yang dituju benar, paling tidak ada orang lain
yang tahu arahnya.
2. Selalu
gunakan alat-alat navigasi seperti peta, kompas, GPS, dan alat komunikasi.
3. Jika
sudah tersesat, kembali ke jalan sebelumnya, langkah yang terbaik adalah berhenti
dan berehat dulu, berfikir, - Penting untuk menganalisa dengan teknik STOP (SITE, THINGKING, OBSERVATION,
PLANING)
4. Gunakanlah
alat komunikasi untuk mengubungi orang lain
5. Jika
tersesat dan perjalanan tidak mungkin dilakukan maka langkah yang ditempuh adalah:
a. Buat
tempat perlindungan untuk berehat.
b. Jaga
kesihatan tubuh
c. Semak
peralatan dan bahan makanan, jika tidak cukup, maka sebaiknya mencari sumber
makanan.
d. Komunikasi
dengan orang lain, jika tidak mungkin maka buat tanda untuk menarik perhatian
orang.
i. Rujukan
dalam :-
1. Survival,
Evacuation and Recovery SEAL-
2. Survival
FM 21-76
3. Military
Mountaineering
Harap
ianya dapat membantu, Sekian terima kasih