14-15hb FEBRUARI 2014 (Jumaat-Sabtu), 2h1m
HARI 1 (Jumaat @ Jam 1515)
|
Fasa 1: Pej Perhutanan Sekayu ke pagar elektrik gajah.
akan melalui kebun-kebun orang Kampung Sekayu. Boleh tahan juga jaraknya, anggaran dalam 2 km. Landai dan santai |
|
Fasa 2: pagar elektrik gajah hingga Lubuk Kawah.
laluan yang mencanak, pendakian yang panjang memakan masa hampir 2 1/2 jam. Punca air terakhir sebelum sampai tapak perkhemahan. Adalah di nasihatkan supaya top up air di sini,, |
|
Fasa 3: Lubuk Kawah ke Tapak Perkhemahan.
Gunung Gajah Terom x laluan landai, kali ni lebih hebat dari tadi walaupun jaraknya agak singkat. 1 1/2 kami ambik masa untuk sampai ke sini. Kawasannya agak luas, anggaran boleh menampung hingga 40 orang dalam satu masa. Punca air mudah (20m) ke bawah walaupun terpaksa guna penyebok untuk mandi. |
HARI 2 (Sabtu @ Jam 0715)
|
Kami memulakan pendakian jam 0715 (mengikut perancangan asal jam 0400 namun akibat hujan pada malamnya serta x jenera tidur sebab pacat terlalu banyak hingga naik ke muka). Sama macam hari kemareng, bentuk laluan berterusan mencanak. Dan akhirnya kami sampai di puncak jam 0930, makan sedikit bekal, bergambar mana yang boleh, jam 1000 mula bergerak turun ke kem. Akhirnya kami selamat sampai ke Taman Pertanian Sekayu jam 1730, Syukur Alhamdulillah.
MASA
|
KETERANGAN
|
ANGGARAN JARAK
|
Jumaat 14 Februari 2014
|
1545 - 1800
|
Mula mendaki dari Pejabat Perhutanan Sekayu ke Air Terjun Lubuk Kawah
|
6 KM
|
1830 - 2000
|
Dari Air Terjun Lubuk Kawah ke Kem Last Water Point
|
2 KM
|
Sabtu 15 Februari 2014
|
0715 – 0930
|
Dari Kem Last Water Point ke Puncak Gunung Gajah Terom
|
3.5 KM
|
1000 - 1200
|
Dari Puncak ke Kem Last Water Point
|
3.5 KM
|
1400 - 1500
|
Dari Kem Last Water Point ke Air Terjun Lubuk Kawah
|
2 KM
|
1515 - 1730
|
Dari Air Terjun Lubuk Kawah ke Pejabat Perhutanan Sekayu
|
6 KM
|
|