GUNUNG STONG, KELANTAN

Kali ini kami bawak orang baru sorang, Cik Syikin.

Perjalanan kami pada pagi Jumaat tu melalui jalan Tasik Kenyir-Aring-Kuala Krai-Dabong. Sebagaimana biasa, point pertemuan orang Hulu dengan geng Kuala berlaku di kedai makan di Kuala Ping disamping ambik sarapan lalu.


Kami sampai sekitar jam 1130, bergambar dulu dekat stesen keretapi Dabong (makumlah Tganu mana ada kereta api), buat lawatan ke Klinik Kesihatan Dabong (Hj Zul jumpa kawan lama dia), makan tengahari macam di bazar gitu, hantar pendaki wanita ke check point dan pendaki lelaki keluar sembahyang jumaat. Kemudahan asas di sini tidak mengecewakan: parking, tandas, bilik mandi dan surau yang selesa.  Kepada yang memerlukan penginapan, chalet berbagai harga tersedia. Kereta Hj Zul kena langgar di motosikal masa naik bukit nak ke masjid. Salah siapa?, hanya dia ada jawapan...


Setelah selesai berurusan dengan beberapa pihak di sana (parking, permit mendaki), bacaan doa selamat oleh Hj Zul maka bergeraklah kami menuju Kem Baha. Sebelum tu kumpulan dari Pejabat Perhutanan Kelantan mendahului kami. Laluan pada fasa ni boleh dikatakan mencanak juga, skala 5-6 dari 10 tahap kesukaran, satu tempat tu 80 darjah kecurangan. Kalau tengok pada bentuk muka bumi dia cukup hanya 'kasut meneroh' je tapi yang dibimbangi jika hari hujan. Trek dia nampak macam laluan air. Pertengahan jalan terdapat satu wakaf dan ianya merupakan pertemuan dua laluan. Rupanya geng Kelantan tadi guna laluan air terjun dan kami guna jalan dalam lah boleh kata. Jadi kami terlepas pemandangan air terjun tersebut namun x mengapa, gambar dari kejauhan telah di rakam. 

Setelah 2 1/2 - 3 jam pendakian, sampai kami di Kem Baha. Check in dan kami diberi tapak khemah seberang sungai berhampiran bangsal surau. Setelah mendapat kebenaran dari pengusaha, kami dibenarkan menggunakan bangsal surau untuk wanita dan lelaki berkhemah. Satu kelebihan kepada kami kerana sekiranya hujan adalah tempat untuk berteduh dan kekurangannya kami agak jauh dari punca air. Walauapapun itu x boleh dijadikan perbahasan, kehidupan hutan. Tapak perkemahan di Kem Baha luas, ada gerai makan dan kedai souvenir lagi. Yang penting ianya sangat terurus, tahap kebersihan boleh puji, keramahan dan kemesraan pengusaha dengan pengunjung sangat terbaik. Orang Pantai Timur katakan termasuklah kami.

Seperti biasa sediakan makan malam sebelum malam. Setelah Solat Maghrib Jamak berjemaah, makan dan mini perbincangan berlangsung. Agenda kami x lain x bukan, 1) Kupasan Trip tadi, 2) Latihan selepas ini, 3) Pembentangan Kewangan & Sumber dana, 4) Lain-lain hal. Dalam pada tu sekumpulan pelajar dari Politeknik Kuala Terengganu menjadi jiran kami malam ni namun mereka tidak mendaki ke puncak Stong. Begitu murah hati deme-deme tu, ayam bakar dihantarnya, apa lagi....zzzzzzz awal kerana memerlukan rehat yang cukup untuk pendakian summit esoknya. Dari maklumat yang kami cari, perjalanan esoknya lebih kurang 7-8 jam.

HARI 2
Seperti biasa, jam 0500 bangun, mandi (kepada yang x tahan sejuk, jangan memaksa diri) dan sembahyang Subuh berjemaah. Siapkan makan pagi dan pack lunch. Kami terpaksa berkemas dulu kerana memilih trip 2h 1m. Untuk ke summit hanya bawak bekal sahaja dan beg yang besar disimpan di kaunter Kem Baha.


Lebih kurang jam 0800 setelah selesai buat stretching seadanya, bacaan doa selamat dan mula pendakian. Hari ini kami mendahului group Kelantan tu. Laluan pada fasa hari ni x sukar mana. Tapi di syorkan pakailah tongkat untuk menyokong. Hanya sekali sekala terjumpa tahap sukar, santai benar. Persimpangan ke Gunung Baha, Gunung Ayam di tanda agar pendaki tidak tersalah jalan. Melepasi Gunung Kob, terdapat satu gua yang memang unit kerana ada aliran sungai di dalamnya. Pendaki usah bimbang dengan punca air kerana banyak anak-anak sungai akan dilintasi. Dan akhirnya, di sini kalau x guide mungkin x akan bertemu dengan puncak Gunung Stong.

Puncaknya di atas sebiji batu besar, kena panjat naik. Kami sampai lebih kurang jam 1200, pemandangan cukup2 menarik. Boleh nampak beberapa lagi puncak2 gunung berlainan. Kami difahamkan tedapat banyak gunung di sini, kalau nak cover kesemuanya memakan masa 4h3m trip. Bergambar sakan, makan bekal dan hampir sejam rehat mula bergerak turun. Berselisih dengan group Kelantan, sempat bercakap yang kami kalut sikit kerana pakej. Walaupun kalut sempat lagi  mandi manda, berenang di sungai terakhir dia.

Solat Asar Jamak di Kem Baha, siapkan peralatan berjalan malam. Alhamdulillah kami selamat sampai ke base camp jam 2100 walaupun terpaksa melalui jalan yang memang licin sangat2, hujan petang tadi rupanya. Walaupun menggunakan kasut berjenama, tetap ada yang tergelincir. Berbanyak Syukur kepada Nya kerana telah mengizinkan kami menikmati keindahan alam ciptaan Nya untuk kesekelian kalinya, semoga di beri kelapangan lagi selepas ini. Sila layari FB kami untuk lebih gambar dan video