GUNUNG KINABALU@MESILAU 2013, SABAH


Trip tajaan hasil usaha, penat lelah dan kerja keras ahli2 selami neng. Terima Kasih yang x terhingga kepada penyumbang. Jasa baik saudara akan kami ingati sepanjang hayat dan hanya yang Maha Esa jua membalasnya....

Bagi Dr Muhaida, Hj Zul, Sr Zulina dan saya ini merupakan 2nd selepas Timpohon 2012. Hj Yunus dan Usop nampak teruja sangat2. Mani (mana) x nye, mcm saya dulu pun terfikir guani naik kapalterbang (Urang Ulu katakan), guani Sabah, guani Gunung Kinabalu. Nak2 lagi kami dah buat cerita yang menaikkan semangat dimi 2 urang tu. Tamboh plok kami pilih trek Mesilau, 2km lebih jauh klu banding trek Timpohon. Apa lg, latihan yang selami neng 10 keliling taman Kuala Berang dinaikkan ke 20 keliling. Sabtu latihan berenang di Belukar Bukit (x sikit rupa berenang pun). Ahli Kuala Terengganu dimi ada kemudahan kolam. Dr Muhaida lagi advance, main turun naik tangga HSNZ 10 -15 kali tiap2 ptg habis kerja. Gym 3 kali seminggu, katang giler...Trip dulu kami ke Cameron Highland (Gunung Berembun) ambik mood sejuk tapi kali ini xdang. Persediaan peralatan Dr Muhaida sediakan check list dengan persetujuan Hj Zul (Biro Latihan & Ketua xpdc)

Sapa masa makanyi undulah (berangkat) kami ke Sabah. Di pindikkan (ringkas) cerita, mujurlah ada kawan di nung. Tido dumoh dia pah tu krite (kereta) pakai hak dia juga. Jimat doh situ. Tanjung Aru, Pasar Filipina, Masjid terapung Likas, Rumah Terbalik, restoran D'lengkuas antara tempat mesti di lawat. Se yang masih misteri dan x jawapan kepada Usop dan Hj Yunus, Istana Ayam Tua di Tuaran. 

28.3.13 ptg kami dah ada di Kinabalu Park, buat pengesahan tempahan mendaki dan apa2 lagi yang patut. Kali ini kami ambik pakej 2h 1m je berbanding dulu 3h2m, jadi terpaksa cari tempat menginap luar. Ada group Pahang dlm 20 orang (student) baru turun duduk sekali dengan kami. Masak makan mlm, jamu selera dan duduk sembang dengan cikgu group tu. Usop dgn Hj Yunus mari kecut perut juga dengu (dengar) cerita dr cikgu tu, rama (ramai) x lepas ke puncak hari tu...arahan dr ketua xpdc tidu (tidur) paling liwat (lewat) jam 2100.

Hj Yunus mari kemamu (mcm pening) dengan waktu. Dia tegu (tegur) saya mayang (sembahyang) apa puku 0445. Ini Sabah Hj, saya jawab ringkas...Aku dulupun keni juga. Time jam pukul 0550 (masa tu subuh liwat (lewat)), sedo2 ceroh. Aikk!!, ooo Sabah rupanyi.

HARI 1
0700 naik kenderaan ke Mesilau trial. Lalu Kundasang Ya Allah pemandangan, cumi (comel) gila. Besarnya kuasamu Ya Allah. Kami bersyukur kerana diberi limpah kurnia dapat menikmati keindahan ciptaan Mu itu.

Guide Bairin dah tunggu kami, taklimat rigkas dan mula pendakian dalam jam 0845 kalau x salah. Tapi sungguh macam yang di wayak oleh guide dulu (Margeret Lee), Mesilau pemandangan dia memang memukau. Kami adalah antara yang bertuah & terpilih oleh yang Maha Besar dapat menatap kejadian ciptaan dia. Pada kami trek Mesilau x susoh / penat walaupun jauh sbb apa, dia bertangga. Bbanding dgn Timpohon, step dia x menentu. Pondik rehat setiap 1 km tersedia dengan tandas sekali. kelebihan mendaki Gunung Kinabalu.

Pinjam kata2 En Lan, Gunung Kinabalu bertaraf 5 bintang. X payah bersusah2 nak bawak barang2 makan, periuk belanga dan kemah. Janji sanggup bayar harga pakej dia je. Baju tebal pun buleh siwe (sewa). Di Laban Rata, cukup time makanan tersedia. Cumi se yang dia orang x sedia, water heater. Saya agak2lah, kalau adalah kemudahan tu pasti pendaki2 pakat mandi lami2. Apa x nyi, suhu di Laban Rata masa trip 1 dulu dlm 4C, kali ni 7C. Jangan kata mandi, nak berus gigi pun mikir...

Jam 1600 semua kami sampai di Laban Rata, bersih diri dan mayang. Aku keni AMS, pening kepala sangat2. Sebab naik laju sangat tadi xdan acclimatize (cih!! urang ulu ckp mat saleh konon). Sembang sambil tggu mkn mlm jam 1800. Xdan keluar arahan makan, semua urang (orang) dah start baris dah, termasuk kami. Malah nak bulok (bersesak) benornyi, sebab hari itu dalam 150 orang pendaki. Thumbs up ke Ceff, senyum pah ke telingi (telinga) dia. Sedaplah tu masakan dia. 

Mayang dan last check barang penting untuk hari isok :

1. Head lamp - wajib.
    - tangan nak keni bebas
    - bateri baru dan tahan lami
2. Sarung Tangan
    - 2 pasang. Biasa kesejukan di tangan lebih teruk dari bahagian lain
3. Tupeng (penutup) kepala
    - 1, untuk tahan sejuk terus ke kepala
4. Baju sejuk memang sedari mula keni pakai
5. Gincu (x ingat apa ke nami. tujuan untuk basah bibir, takut merekoh)
6. Air & makanan sampingan
7. Tongkat (biasa Dr Muhaida bawak. pastikan ada tali dekat pemegang)
8. Sejadah

Alhamdulillah doh makan ubat bulehlah zzzzzz.

HARI 2
Puku 0100 dah bangun. Kalau dulu aku mandi tp kali ni ikhlas wayak x mandi. Jam 0200 makan 'sahur' lebih2 kurang dan kami kumpulan pertami keluar. Sepanjang laluan tali tersedia sebagai pedoman trek dan bantuan jika keletihan. Sini lah tangan nak keni free, nak pegang tali. Check point last di Sayap2 pendaki mesti keni tunjuk pass. Macam biasa, makin tggi naik, makin kurang oksigen, makin derah lenguh. Atu (susun) tapak je..

Akhirnya dengan izin Allah aku urang ke 3 sampai Summit pada jam 0425, buat sujuk syukur dan dengan x sengaja air mata kesayuan keluar.... Sejuk hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi Sabahan tu siap buka baju ambik gambo. Dimi tu dah berpuluh kali naik rupanyi, merdeka, tahun baru dan mcm2 rekod lg dia urang buat.

Mayang subuh, makin ramai dah sampai. Hj Yunus dan Usop sampai jam 0530. Sining saya nak share sikit, dari gambo ni nampok sangat dimi 2 urang ni kesejukan. Macam x jari tangan dimi ngadu. Ce tinguk mulek, apa cap sarung tangan yg dimi pakai. Sarung tangan getah yang biasa urang wak basuh pinggang. Tikus naik atas kaki pun x care dohhh. Pengajaran sini, glove keni hak mulek rrr. Kasut pun biarlah yang pendaki pro pakai. Bukan apa, laluan dari Laban Rata berbatu hingga puncak, takut kaki x tahan sejuk. Usop Adam hanya pakai seluar sukan, x sesuai, biar tebal sikit lah bro. Dr Muhaida pun sapa, last Hj Zul dan Sr Zulina.


Duani2 pun gambo mesti, nak2 lg pada tempat jauh dan payoh sapa gini. Jam 1700 semua kami selamat sampai di Kinabalu Park. Kami menyimpan hasrat untuk naik lg Gunung Kinabalu kalau di izinkan Allah. Nak buat kelainan sikit nanti, nak mohon berkhemah di Laban Rata 3h 2m. Tinguk (lihat) kami lg dan like fb : persatuan cabaran kembara

lagi gambar :