Tiba masa untuk confirm booking, group kami x dalam
senarai. Cari punya cari rupanya Dr Muhaida pakai nama Suzana. Ya Allah, punya
gabra masa tu sebab kata yang berwajib kami tidak dibenarkan mendaki kalau x
buat tempahan. Dan lagi kesilapan tarikh, yang dicatatkan kami sampai pada hari
itu dan keesokan baru naik, miscommunication berlaku. Setelah semua selesai,
declare barang-barang yang di bawa naik, guide pun dah ready, kurang lebih jam
0900 kami mula mendaki, DAY TRIP.
Selepas tu pendakian ke CP2-Batu Orkid
track dia macam gunung-gunung lain tapi di sini keadaan hutan dia agak terang.
Laluan Kijang, Sungai Tiga Segi punca air dan kawasan perkhemahan. Meneruskan
pendakian adalah laluan KFC (Killer Fitness Centre) menunggu. Lepas je Gua
Kambing, terhidang hamparan batu pada kecurangan dalam 80 darjah.
Dua stesen di
sini, sebelum Taman Bonsai. Ikhlas wayak, sedikit cuak di sini. Yang paling
dibimbangi adalah peserta wanita kami. Sorang-sorang naik, Usop, Ikhwan, Dr
Muhaida, Penulis (menunggu di stesen 2 untuk gambar), Hj Yunus, KJ Hamiah, KJ
Zulina Dan Hj Zul. Memang kami dah atur aturan ni bagi saling membantu. Stesen
1 x masalah, stesen 2 KJ Zulina dah menampakkan 'kepucatan' pada wajah dia. Semua
tertumpu ke dia dengan laungan kata-kata semangat dari mereka yang dah lepas ke
atas. Akhirnya dia kejang sebaik sampai.
Lama kami berehat di Taman Bonsai bagi
memulihkan beliau. Begitulah keadaannya, main gunung ni memang kena banyak
menggunakan tenaga dan kekuatan. Tenaga mesti dijana melalui latihan-latihan
yang berterusan: Jogging, berenang dan gym. Kecederaan tetap akan berlaku jika
dikehendakiNya, namun dengan stamina ia mungkin boleh diminimakan.
Setelah lebih kurang 15 minit, bergambar pada posisi itu dan ini,
guide mengarahkan kami untuk turun dengan mengenakan baju hujan selalu. Baru
nak mulakan perjalanan turun, hujan teramat lebat sekali. Inipun kami kira
hikmah dari yang Esa, badan kami segar kembali. Kami menggunakan laluan yang
agak singkat kata guide. Kami juga diarah untuk bersedia dengan peralatan
berjalan malam. Pada punca air (x ingat nama) kami berhenti untuk solat asar
jamak, makan bekal sikit. Meneruskan perjalanan, akhirnya kami selamat sampai
jam 2100. Syukur semuanya selamat walaupun kami dah berpecah menjadi 2 kumpulan
sewaktu di Bukit Semput...