Assalamualaikum,
Dah lama tak berkongsi pengalaman.
Mendaki Gunung Kinabalu merupakan
hajat setiap pendaki gunung. Nama Kinabalu yang cukup Gah sebagai puncak gunung
tertinggi di Malaysia. Fuhh!! Seronok!!
Bak kata kawan saya (Abg Lan) Gunung Lima Bintang.
Jika kekawan nak organize trip ke
sana…jangan bimbang, mudah jee
1.
Hubungi pihak
pengurusan untuk penempahan/booking penginapan di Laban Rata….. sehari Cuma
limit 150-180 orang jer. Pihak Pengurusan tidak benarkan guna Khemah. Kontek la Sutera Sanctuary Resort. Bayaran mengikut pakej yang dihajati…. Nanti
dimi emailkan sebutharga dan borang-borang yang diperlukan termasuk peta
perjalanan pendakian (lengkap dengan punca air & pondok). Bayaran booking
kena la jelaskan ….. kalau lambat, booking akan terbatal.
2.
Buat pembelian
tiket penerbangan bagi pendaki dari Semenanjung & Sarawak…. Secara on line
jer… tapi pastikan tempoh perjalan telah ada BUFFER agar pendakit tidak
terkejar-kejar (mcm explorerace), nanti keletihan pulak.
3.
Pada tempoh
kejadian…: Kumpulan boleh bersantai
di Kota Kinabalu terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kinabalu Park. Kalau tak
nak ambil pakej di Kinabalu Park pun boleh….. terdapat banyak pengusaha chalet
tempatan yang berhampiran…. Boleh jalan kaki jer untuk ke Kinabalu Park…. Tapi
janganlah ambil bilik sejauh Ranau/ Kundasang…..Mesilau Park juga best… bagi
pendaki yang berhajat untuk mendaki melalui pintu Mesilau
4.
Sebelum mendaki,
ketua pendaki perlu dapatkan permit pendakian (ada nombor siri) dari pejabat di
Kinabalui Park, buat bayaran guide (wajib) berkenalan dengan guide serta
menimbang beg bagi yang mengambil potter.
( bayaran Cuma RM 10 per kilogram), setiap beg tidak boleh lebih dari 10
KG.
5.
Lepas ni mendaki
jer la…. Saya nak rekomen para pendaki guna Gate Mesilau….. CANTIK!!!!
6.
Di Laban Rata : Pendaki
boleh mula check in seawal kul 1 petang.
Setiap bilik ada katil 2 tingkat yang kukuh. Tandas sharing bagi semua pendaki (asing
mengikut Gender). Kalau nak all girls room…. Buat lah arrangement dgn group
lain…. Mudah je. Dinner mula pada kul 4
ptg – 7 mlm. Lepas isyak, (waktu isyak di sabah 1 jam lebih awal dari
semenanjung) pendaki harus tidur untuk pulihkan tenaga dan bersedia untuk task
esok ke summit…. Peringatan ! suhu di Laban Rata 5-10C jer.. Sejuk!!
7.
Seterusnya……………….
Sila baca post pengalaman kami.