Assalamualaikum, bertemu lagi
kita……..sebagai mana yang di janjikan, kami nak kongsi sikit pengetahuan
tentang teknik yang kami pelajari dari kawan-kawan.
PENDAHULUAN
Aktiviti
fizikal di alam semulajadi ini membantu kita belajar mengenai alam ciptaan
Tuhan Yang Maha Kuasa.
Perkara
yang harus diperhatikan sebelum melakukan kegiatan adalah:-
1. Persiapan
Dan Perancangan Aktiviti
a. Persiapan
alat / kelengkapan
b. Kesihatan
dan keadaan fizikal
c. Kos
selama kegiatan
d. Kelengkapan
identiti diri
e. Kelengkapan
pakaian dan logistik
f. Data
maklumat mengenai lokasi
PERSIAPAN
DAN PERANCANGAN
Harus
disesuaikan dengan tujuan kegiatan yang
akan dilakukan. Dengan persiapan dan perancangan akan mengurangkan risiko kemalangan yang mungkin timbul semasa kegiatan.
"Garis
panduan 5 W +1 H "iaitu ……Who,
What, Why, When, Where dan How.
1.
Who, siapa yang mengadakan kegiatan, dengan siapa kita pergi, siapa yang jadi
pemimpin
(leader) dan siapa yang paling berpengalaman di lapangan.
2.
What, apa jenis kegiatannya, apa tujuannya, apa halangannya, apa yang akan
dilakukan
dan kelengkapan apa yang harus dibawa.
3.
Why, mengapa kita perlu ikut dan mengapa memilih kegiatan tersebut.
4.
When, bila kegiatannya, berapa lama waktunya, siang atau malam dan pada musim
apa
kegiatan tersebut dilakukan.
5.
Where, dimana tempat kegiatannya, dimana tempat mencari bantuan berdekatan.
6.
How, bagaimana mencapai lokasi kegiatan dan bagaimana menghadapi risiko buruk
yang
mungkin berlaku.
Namun
begitu…..Pengetahuan yang lebih penting adalah MENGENALI KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.
Kaedah
mudah untuk sampaikan maklumat kepada pendaki lain adalah dengan menulis nota
riongkas lalu dibungkus plastik dan ditampal di pokok
Kelengkapan
bergantung kepada keperluan tidak terlalu banyak atau sedikit.
Secara
ringkas senarai kelengka[pan yang diperlukan….
1.
Kelengkapan peribadi
Kelengkapan
peribadi adalah barang-barang kelengkapan untuk memenuhi semua
keperluan
peribadi tanpa bergantung orang lain, iaitu:
a.
Kasut (harus kuat, lentur, aman / safety, nyaman, anti tergelincir) dan sarung
kaki (cukup tebal, kuat, selesa dan diperbuat daripada bulu atau sintetik)
b.
Pakaian mendaki (selesa, tahan lama, cepat kering, melindungi tubuh dari
pelbagai
keadaan persekitaran dan terbuat dari polyester atau polypropilena atau
memenuhi
3 W yaitu wicking, warmth, water / wind proofing)
c.
Beg (kukuh, bahannya kuat, tahan air dan
mempunyai tali pinggang pinggang
untuk
mengurangkan goyangan )
d.
Ponco / rain coat
e.
Kelengkapan tidur (bersih, kering, panas dan selesa terdiri daripada pakaian
tidur, tikar, beg tidur / sleeping bag dan jaket / sweater)
f.
Kelengkapan peribadi (tuala, sabun mandi, ubat gigi, berus gigi dan syampu)
Air
minum dan makanan (harus cukup kualiti dan kuantitinya)
Alat
navigasi (kompas, peta, altimeter dan GPS = Global Positioning System)
Alat
tulis (ballpoint, buku dan pensil)
HP
(hand phone), Survival kit yang terdiri dari pisau serbaguna, alat pancing,
jarum jahit, benang, tali jerat, gunting, cermin, wisel, kompas, getah, peniti, mancis
dalam
bungkusan kedap air, makanan berkalori tinggi, ubat-ubatan,
2.
Kelengkapan Kumpulan
Kelengkapan
kumpulan adalah barang-barang kelengkapan yang dibawa untuk
memenuhi
keperluan semua ahli kumpulan, iaitu khemah, ubat-ubatan
(Pertolongan
cemas), peralatan masak dan makan, golok serta tali.
3.
Kelengkapan Teknikal
Kelengkapan
teknikal adalah kelengkapan yang digunakan untuk bekerja di
bergantung
jenis dan tujuan kegiatan. Kelengkapan kegiatan hiking berbeza
dengan
kegiatan caving, begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang lain.
4.
Packing
Packing
adalah pembungkusan barang-barang yang akan dimasukkan ke dalam ransel. Packing
akan memudahkan pengambilan barang diperlukan, membahagi berat barang yang
seimbang agar beg tidak terlalu berat untuk disandang.
Prinsip
packing :-
1. Barang
yang berat diletakkan di bahagian atas ransel dan sedekat mungkin ke bahagian
tubuh
2. Barang
yang penting dan sering digunakan pada tempat yang mudah diambil
3. Buat
senarai barang – elak tertinggal
NAVIGASI
DARAT
1.
Alat-alat navigasi terdiri dari:
a.
Kompas
b.
Altimeter adalah alat untuk menentukan ketinggian suatu tempat berdasarkan
perbezaan
tekanan udara.
c.
Peta
d.
GPS (Global Positioning System)
2.
Menentukan arah tanpa alat navigasi
a.
Tanda-tanda alam iaitu matahari, bulan dan buruj
b.
Tanda-tanda buatan iaitu masjid, kuburan dan membuat kompas sendiri dari
jarum
/ pisau cukur yang bermagnet dan diletakkan di atas permukaan air
c.
Flora dan fauna:
-
Lumut-lumutan Parmelia sp. dan Politrichum sp. biasanya hidup lebih baik
(Lebat)
pada bahagian barat pohon
-
Tumbuhan pandan hutan biasanya cenderung condong ke arah timur
-
Sarang semut / serangga biasanya terletak di sebelah barat pokok
3.
Mencegah mengulangi trail sama dalam keadaan tersesat
a.
Sering melapor kepada petugas berkaitan atau orang yang dipercaya mengenai
perjalanan,
lamanya dan jumlah anggota yang ikut
i.
Tetaplah berada pada jalur yang telah ada
dengan memberi petunjuk pada tiap
persimpangan
ii.
Perhatikan objek yang menarik seperti mata
air, bukit, sungai atau gunung
Pada
saat berjalan sekali-kali tengoklah ke arah belakang, ingatlah jalur tersebut
jika
dilihat dari arah bertentangan
iii.
Pelajari dengan benar alat-alat navigasi yang
dibawa
iv.
Gunakanlah kompas sebelum tersesat
Jangan
pernah percaya secara penuh kepada orang lain termasuk kepada
pemimpin.
Pedoman
yang boleh digunakan apabila tersesat adalah STOP, iaitu:
S
= Seating, berhenti dan berehat dengan santai, hilangkan panik
T
= Thinking, berfikir secara tenang (logik) dalam situasi yang sedang dihadapi
O
= Observation, melakukan pengamatan / pemerhatian medan di lokasi sekitar,
kemudian
tentukan
arah dan tanda-tanda alam yang dapat dimanfaatkan atau yang harus
dielakkan
P
= Planning, buat rencana dan fikirkan konsekuensinya bila anda sudah memutuskan
sesuatu
yang akan anda lakukan.
Langkah
seterusnya bila telah sesat……
a.
Membuat tempat berlindung (shelter) dari bahaya atau cuaca buruk
b.
Tetap tenang, tidak panik, berfikir secara waras dan cuba ingat jalur
perjalanan
c.
Orientasi boleh mudah dengan menuju tempat yang tinggi / memanjat pohon
d.
Gunakan kompas dan peta (alat navigasi) atau penunjuk alam
e.
Buat manual untuk mempermudah orang lain mencari kedudukan kita, misalnya
dengan
tulisan, wisel, asap, sinar atau berteriak
f.
Tetap bersama-sama dengan kumpulan dalam keadaan apapun
g.
Memanfaatkan situasi dengan menunggu bantuan, mencari makanan, mencari air
dan
lain-lain.
SURVIVAL
S:
Size up the situation
U:
undue haste makes waste
R:
Remember where you are
V:
Vanguish fear and panic
I:
Improve
V:
Value living
A:
Act like the native
L:
Learn basic skill
Secara
umum aspek-aspek dalam keadaan survival dibagi tiga yang saling
mempengaruhi
dan berkaitan yaitu aspek psikologi (panik, takut, cemas, sepi, bingung,
tertekan,
bosan), aspek fisiologi (sakit, lapar, haus, luka, lelah) dan aspek
persekitaran
(Panas,
sejuk, kering, hujan).
1.
Komponen utama survival terdiri atas:
a.
Sikap mental berupa hati yang kuat untuk bertahan hidup, mengutamakan akal
sihat,
berfikir jernih dan optimis
b.
Keadaan fizikal yang fit dan kuat
c.
Tahap pengetahuan dan kemahiran
d.
Pengalaman dan latihan
e.
Kelengkapan berupa survival kit.
2.
Langkah-langkah survival
a.
Jika tersesat lakukan tindakan pedoman STOP (Seating, Thinking, Observation,
dan
Planning)
b.
Lakukan pembagian tugas kepada anggota kumpulan
c.
Tetap berusaha mencari pertolongan
d.
Hemat terhadap penggunaan makanan, minuman dan tenaga
e. Elakkan
dan jauhi masalah-masalah yang mungkin timbul iaitu dari diri sendiri,
orang
lain dan alam.
3.
Keperluan asas survival
a.
Air
Syarat-syarat
fizikal air bersih yang layak untuk diminum adalah tidak
berwarna,
tidak berasa dan tidak berbau. Sumber air antara lain mata air, sungai, air
hujan,
embun, tumbuhan (rotan, pisang, lumut, akar gantung, kantung periuk kera),
hasil pemeluwapan tumbuhan dan air galian tanah.
b.
Makanan
Saat
sumber makanan yang dibawa semakin berkurang, kita dapat
memanfaatkan
sumber makanan dari alam berupa flora (tumbuhan) dan fauna
(Haiwan).
Bahagian tumbuhan yang boleh dimakan adalah buah, batang, daun dan akar
(Umbi).
Hal yang harus diperhatikan dalam mengambil tumbuhan:
-
Elakkan tumbuhan berwarna mencolok
-
Elakkan tumbuhan bergetah putih, kecuali yang sudah dikenal selamat dimakan
-
Cuba merasai sedikit atau mengoleskan ke kulit. Biasanya tumbuhan yang
berbahaya
akan menimbulkan kesan gatal, merah dan panas pada tubuh.
-
Variasikan makanan yang dimakan untuk mengelakkan pengumpulan bahan-bahan
yang mungkin buruk bagi kesihatan
-
Jangan memakan tumbuhan yang meragukan untuk dimakan.
Hampir
semua ayam dan ikan dapat dijadikan sumber makanan, begitu juga
dengan
beberapa jenis serangga, reptilia dan mamalia. Halangan utama untuk
mendapatkan
haiwan-haiwan liar tersebut adalah cara menangkapnya. Oleh kerana itu
perlu
membuat perangkap (trap) untuk mempermudah menangkap haiwan liar
tersebut.
c.
Shelter
Shelter
adalah tempat perlindungan sementara yang dapat memberikan
keselesaan
dan melindungi dari keadaan panas, sejuk, hujan dan angin. Shelter
boleh
menggunakan alam yang ada seperti gua, lubang pokok dan celah di batu
besar.
Selain itu boleh dibuat dari khemah, plastik dan ponco atau menggunakan bahan
dari
alam seperti daun-dauanan atau ranting.
d.
Api
Api
berguna untuk penerangan, meningkatkan semangat psikologi, memasak
makanan
dan minuman, menghangatkan tubuh, mengusir haiwan buas membuat
tanda
/ kod,
itulah
sahaja yang dapat kami kongsikan bersama ……………… segala kekurangan adalah
dikesali…
Jumpa
lagi