MERDEKA RAYA 2013 @ GUNUNG BEREMBUN, DUNGUN TERENGGANU


Kami memohon dengan Pejabat Perhutanan Negeri untuk mendaki pada petang 30/8/2013 namun dicadangkan agar naik keesokannya kerana telah ada sekumpulan pendaki seramai 40 orang di kem Langsir. Kami akur dan masih mengekalkan tema Merdeka Raya 2013 @ Gunung Berembun, Dungun Terengganu.

Setelah selesai pembahagian barang-barang masak dan perkemahan, Hj Zul selaku ketua memeriksa berat beg secara manual agar x yang terlebih berat atau terkurang ringan. Dianggar berat setiap beg sekitar 13-15kg. Bersama dengan kami yang akan naik pada pagi tu kumpulan dari UIA dan MRSM Kota Putera, Besut. Setelah bertukar-tukar no tel, fb dan blog kami pun memulakan langkah sekitar jam 1015.

Laluan landai dari permulaan hingga Bukit Tobat kami menafaat sepenuhnya tenaga, tambahan pula laluan licin akibat hujan beberapa hari lalu. Tongkat 'original' digunakan sebagai sokongan. Laluan Bukit Tobat ke Kem Balak benar-benar menguji pendaki. Kecurangan pada skala 8 dari 10 membuatkan kami kehabisan bekalan air pada pendakian 2012. Namun sejarah dan pengalaman membuatkan kami sedikit dewasa. Walaupun Hj Zul nampak keletihan akibat dari terlalu banyak makan pagi tadi (nasi berlauk extra), namun sokongan dari rakan-rakan membuatkan beliau terus bersemangat. Sebenarnya penulis tertarik sangat-sangat dengan moto Kementerian Kesihatan dan kalau boleh di kongsikan : Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisma memainkan peranan sangat penting dalam xtvt lasak sebegini. 3 elimen ini kalau di terapkan dalam apa jua urusan kehidupan pasti membuahkan hasil yang luar biasa.

Akhirnya jam 1245 setelah 2 jam 30 minit berjalan sampailah kami di Kem Balak. Rehatkan tubuh, masak tea O, makan bekalan yang telah dibungkus dari kedai Bukit Besi tadi (Bini Usop siapkan bekalan untuk dia) dan sembahyang. Jam 1340 teruskan pendakian ke Kem Y. Laluan landai.......

Di sini kami nak kongsi sikit dengan pendaki yang pertama kali naik Berembun tanpa guide. Jeram Orkid kita terpaksa berjalan di atas batu jeram. Kena himpit ke kiri hingga jumpa denai semula. AWAS!!, terdapat persimpangan di sini. Jika memilih naik ke kiri bermakna anda akan melalui Seraya Besar, Sungai Bangan ke Kem Langsir. Kepada yang memilih trip 3 hari 2 malam seeloknya pilih lah kem Y untuk malam 1. Tapak khemah boleh memuatkan ><30 orang satu-satu masa dengan kemudahan punca air dan pondok.

Lebih kurang 5 minit di Kem Y, penuhkan semula botol yang kosong dengan air 'mineral asli' kerana x lagi punca air selepas ni, kami teruskan perjalanan, Taman Bonzai dan Jam 1630 kami summit Gunung Berembun. Seperti biasa bergambar dari pelbagai angle untuk diabadikan dan dikongsi kepada yang tidak diberi kesempatan ke sana. Laluan selepas ini ke Kem Langsir. Agak curam dan ada kalanya terpaksa guna gear gostang. Tepat jam 1800 kami sampai Kem Langsir, sediakan khemah, masak, bersih diri, solat berjemaah, makan dan percambahan minda. Jam 2130 zzzzzzzzzzzzzz.......

Biasanya penulis akan bangun buang air kecil paling kurang sekali namun kali ni akibat keletihan langsung x rutin tu. Jam 0500 di kejutkan oleh Dr Muhaida, sejuk bukan kepalang. Biasalah bagi penulis, gosok gigi dan mandi P. Ramlee. Sediakan sarapan pagi : nasi lauk ikan sardin dan bilis goreng + budu (wajib). Ingatkan nak ambik gambar matahari naik untuk tatapan umum, memandangkan camp kami agak jauh sedikit dari jendela tinjau penulis membatalkan niat tersebut. Mohon maaf...Satu perkara untuk peringatan kepada para pendaki, pastikan sampah di bawa turun semula. Jagalah kebersihan hutan kita untuk generasi yang akan datang.

Jam 0830 kami memulakan pendakian turun, melalui khemah2 pendaki yang telah 2/3 malam di sini. Satu kumpulan tu dari KL dan satu lagi dari Renaco & Kolej Tinggi Mara (kalau x silap), Kemaman. Laluan turun akan melalui Gunung Cemerong namun kita x akan jumpa gunung tersebut hinggalah Seraya Besar. Lepas tu Sungai Bangan @ Balu. Di sini kami nak kongsi laluan sungai Bangan. Ianya agak sukar dan sedikit bahaya kerana bertebing batu yang curam. Oleh itu beri sepenuh tumpuan pada setiap langkah. Jam 1215 kami sampai Kem Balak. Macam biasa, teo o panas + maggi kari hidangan tengahari.

Jam 1245 teruskan perjalanan turun dan bertemu dengan kumpulan UIA. Ada antara mereka yang injured, sempat bertegur sapa dan kami agak simpati kerana mereka tersesat semalam semasa pendakian naik. X jumpa Kem Y sebaliknya mereka tersalah track dan naik ke Kem Langsir dan turun semula ke Kem Balak. Bayangkan betapa sukarnya laluan tersebut dan mereka sampai semula Kem Balak jam 2000. Katanya jam 0100 baru bertemu makan. X apa yang kami dapat menolong selain kata-kata semangat dan hadiahkan tongkat kepada yang cedera. Sepatah ayat saya wayak ke dia orang bahawa perjalanan turun adalah lebih bahaya dari naik....

Akhirnya kami sampai jam 1445. Nilai yang terpaksa dihabiskan oleh Dr Muhaida pada pendakian kali ini rm 250.00, sepasang kasut jogging berjenama adidas terpaksa di tong sampahkan kerana tercabut tapak. Ingatlah kepada bakal pendaki, carilah kasut yang sesuai untuk xtvt extreme sebegini.

Syukur pada Mu Ya Allah kerana telah memudahkan, melindungi kami di sepanjang Misi Merdeka Raya 2013 @ Gunung Berembun, Dungun Terengganu. Semoga kami diberi izin olehMu lagi untuk misi mengibar bendera Hulu Terengganu di puncak Gunung Rinjani, Lombok Indonesia pada 22-26/9/2013 nanti....