Ini merupakan latihan terakhir kami sebelum ke Gunung Rinjani, Lombok Indonesia. Namun kehadiran tidak pebuh sebagaimana diharapkan walaubagaimana pun kami ada tetamu hari ni. Dan hari ini juga boleh dikatakan bersejarah sejak penubuhan PUNCAK kerana kami akan melebarkan sayap dalam xtvt gunung ini dengan bertindak sabagai guide. Walaupun tanpa pengiktirafan dari mana-mana pihak tapi bersandarkan pengalaman yang ada kami yakin boleh buat yang terbaik kepada yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Mereka yang akan kami bawak naik hari ini adalah Pegawai Kerja Sosial Hospital Setiu (Puan T) dan suami (Cikgu Li-Sek Kampung Bukit Chendering).
Seawal jam 0800 saya dah menunggu kedatangan yang lain-lain di Lata Belatan. Tepat jam 0830 semua sampai, sebagaimana masa bertemu yang telah diiklan dalam blog & fb PUNCAK. Urusan dengan En Mohd Pegawai Perhutanan di situ (banyak cerita yang kami dapat darinya tentang pendaki dari Penang yang terpaksa pasukan penyelamat masuk menyelamat 2 hari lepas-14hb) dan saya terpaksa berbisik dengan ketua kami (Hj Zul) tentang tema. Hari Malaysia 2013 di puncak Gunung Tebu terpaksa ditukar kepada Jalan-Jalan Di Gunung Tebu-Hari Malaysia 2013. Kenapa?, kerana kami x tahu keupayaan tetamu kami.
penunjuk laluan pendakian |
Laluan berbatu, jika air besar x lepas kesebarang |
X sampai lima minit melangkah, Sr Zulina kena sengat di Peringat, 2 liang kena di jari. Seperti biasa Hj Zul perturun petua berubatan tradisional dia, daun di gumpal-gumpal, pah tu tepek dengan air liur di tempat kena sengat dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad. Alhamdulillah walaupun makin membengkak namun kesakitan x terasa sangat. Petua ni boleh dicuba namun kesan dia hanya Allah punya kuasa. Bertemakan jalan-jalan tadi kami mengarahkan Pn T dan suami mengatur langkah sahaja. Cukup sejam, rehat. Ayat yang sama pernah saya dengar dari mulut YB Rozi Mamat (Adun Telemong) sewaktu kami bersembang dengan dia tentang pendakian gunung, baju sehelai pun berat sangat-sangat dah nak di pegang sewaktu beliau naik Kinabalu. Hari ni saya dengar lagi dari Pn T, tuala muka lap peluh dikatakan berat untuk di cibit. Itulah penahan gunung.
Akhirnya kami sampai Batu Mat Hasan lebih kurang jam 1130. Di sinilah tempat luahan perasaan/penilaian/analisa samada nak teruskan pendakian ke puncak atau sebaliknya. Jarak ke puncak 2500m lagi, anggaran jam paling laju 1 1/2 - 3 jam dengan tahap pendakian fasa 3 ni lebih mencanak. Dan kami kagum dengan kejujuran serta keikhlasan pasangan ni. Setengah orang dia akan sembunyi keletihan dan tebeng juga nak naik lagi. Akibatnya mungkin akan ada yang perlu di papah turun. Oleh itu jujurlah wahai yang membaca, jangan menyusahkan kawan-kawan yang lain dalam pasukan. Betul matlamat pasukan sama-sama ke puncak tapi kena fikir akibat sebaliknya. Satu lagi pesanan kami kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan xtvt gunung, latihan sangat-sangat perlu (jogging, gym, berbasikal atau berenang). Dan mulakan dengan day trip / free body. Kalau di Terengganu, Gunung Tebu hingga Batu Mat Hasan. Gunung Berembun hingga Kem Balak.
Bertemakan Jalan-Jalan Di Gunung Tebu maka sempatlah biro dokumentasi merakam fauna-fauna yang terdapat di sini untuk tatapan pembaca blog kami. Kepada Pn T serta suami dan kepada siapa-siapa sahaja, arrange lah trip dan kami sedia membantu.
Hingga berjumpa lagi dengan artikel kami Menerjah Kabus Menuju Awanan Gunung Rinjani, Lombok Indonesia....